Thursday 15 July 2010

PostHeaderIcon Oregano Bread

Bahan:
1) 50 g yis segar (bancuh dengan air suam + 1 sudu teh gula + 1 sudu teh tepung, biarkan hingga foamy)
2) 1 kg tepung biasa
3) 1 sudu besar garam (rata, bukan penuh)
4) 2-3 sudu butter/minyak
5) Segenggam oregano cincang (ikut citarasa)
6) Air suam (agak-agak untuk tepung jadi dough, buleh? hehe!)

Cara:
1) Tuang tepung dan garam di atas permukaan bersih dan buat lubang ditengah.Tuang bancuhan yis dan butter/minyak ke dalam lubang tadi and slowly mix dengan tepung. Dari masa ke semasa, tambah air suam ke dalam tepung hingga menjadi dough. Uli tepung (dengan penuh rasa amarah, lagik lama.. lagik bagus)
2) Bubuh dough ke dalam bekas, tutup dengan kain lembab dan biarkan sehingga dough jadi double size
3) Potong dough mengikut hajat dihati (koi potong empat)
4) Bentukkan dough ikut citarasa sendiri
5) Bubuh atas baking tray and biarkan kembang sekali lagi. Bakar at 180 degrees sampai masak (lupa lak lama mana)



Siap dan buleh makan!
Friday 2 July 2010

PostHeaderIcon Pastel de patata


* Inti terpulang ikut citarasa. Ada lebih minced meat ke.. sambal sardin ke (asalkan agak kering sket). I used balance fillings from empanadas (minced meat).

Topping kentang yang ringan rasanye:
1) Rebus kentang bersama sedikit garam dan bay leaves
2) Tos dan lenyek
3) Masukkan sedikit butter, susu dan nutmeg powder, kacau sebati dan biarkan sejuk
4) Dalam mangkuk berasingan, pukul 2 putih telur (simpan kuning telur) hingga kembang/kejun
5) Masukkan 2 kuning telur ke dalam mashed potato (yang dah sejuk or suam) dan kacau rata
6) Masukkan sedikit demi sedikit putih telur ke dalam mashed potato, kacau rata
7) Gris baking pan dengan sedikit butter dan lapiskan mashed potato (anggaran setebal 2 cm)
8) Masukkan inti and spread well
9) Lapiskan kesemua mashed potato di atas inti, spread well
10) Lorek kan dengan garpu
11) Tabur rata breadcrumbs
12) Tabut rata grated parmesan cheese
13) Bakar sehingga topping keemasan at 180-200 degrees
Monday 28 June 2010

PostHeaderIcon Spinach spaghetti witn Pisto


Bahan-bahan Pisto (anggaran untuk 5 orang):
1) 2 genggam pine nuts (toast dan tumbuk kasar)
2) 1 cawan parmesan cheese (finely grated)
3) 1.5 cawan daun parsely (dihiris halus)
4) 1.5 cawan daun basil (dihiris halus)
5) 10 ulas bawang putih (dicincang halus)
6) 15 biji black pepper muda (ditumbuk kasar) * optional, untuk rasa pedas
7) 2 tin kecil ikan bilis lembut (dicincang halus)
8) Olive oil
9) Spinach spaghetti

Cara-cara:
1) Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk (kecuali spinach spaghetti), dan kacau rata
2) Masukkan olive oil dari masa ke semasa supaya menjadi paste
3) Ikut citarasa kalo nak tambah lagik any of the ingredients
4) Rebus spinach spaghetti bersama garam dan bay leaves
5) Tos, masukkan ke dalam mangkuk bersama Pisto dan kacau rata
6) Sedia untuk dihidang

 
Friday 25 June 2010

PostHeaderIcon Seafood Paella

* Seafood Paella. I LIKE!


Portion untuk 2 kali/orang:
1 - Tumis 2 bawang besar dadu, 4 bawang putih dadu, lada hijau dan lada merah dadu (dalam segenggam each), 4 bay leaves and some oregano, biar sampai layu
2 - Masukkan cendawan dihiris (optional, nih sebab koi nak abeskan stok cendawan)
3 - Bila cendawan dah betul-betul layu, masukkan 5 sudu besar fresh canned tomato (kalo nak guna tomato biji, dadu kan 2 biji and bubuh), masak sampai tomato macam nak pekat sket
4 - Masukkan 1.5 gelas air and 2 genggam beras



5 - Masukkan segala seafood pilihan hati (koi just ada lala and kerang dalam tin jek), 1 kiub stok ikan (optional, buleh jugak bubuh stok ayam), garam, gula, black pepper, pimienton dulce (sweet chili) powder, zafran (optional). Kacau SKET jek now and then supaya beras tak jadi berkanji sangat. Sentiasa tengok air dan tambah kalo tak cukup. Kalo guna kerang/lala dalam tin, masukkan skali airnye. Kalo ada stok ikan buatan sendiri, lagik bagus (buleh replace air).
6 - Guna api sederhana and SKALI SKALA kaco and tambah air/stok, kalo perlu
7 - Bila nasik dah masak and dah jadi gini, kira buleh tutup api la. Ikut citarasa sendiri sebenornye sebab setengah orang tak suka berkuah sangat, setengah orang suka banjir gitu.

Thursday 22 April 2010

PostHeaderIcon Grill Chicken and Zukini


Cara2:
Chicken
1) Mix curry power, osyter sauce, salt, chilie flakes, white pepper, oregano, tumeric powder and olive oil
2) Coat chicken fillets with mixture
3) Grill

Zukini
1) Coat sliced zukinis with black pepper and salt
2) Grill
Related Posts with Thumbnails

Traces of my kitchen

Traces of my kitchen

Aida Rezuan

Currently: In Huelva, Spain
Originally: From Mentakab, Malaysia

Chef wanna be / IT Freelancer / Novice Photographer / Traveler

"Be happy and we will find abundant of happiness coming to our path.."