Thursday 15 July 2010

PostHeaderIcon Oregano Bread

Bahan:
1) 50 g yis segar (bancuh dengan air suam + 1 sudu teh gula + 1 sudu teh tepung, biarkan hingga foamy)
2) 1 kg tepung biasa
3) 1 sudu besar garam (rata, bukan penuh)
4) 2-3 sudu butter/minyak
5) Segenggam oregano cincang (ikut citarasa)
6) Air suam (agak-agak untuk tepung jadi dough, buleh? hehe!)

Cara:
1) Tuang tepung dan garam di atas permukaan bersih dan buat lubang ditengah.Tuang bancuhan yis dan butter/minyak ke dalam lubang tadi and slowly mix dengan tepung. Dari masa ke semasa, tambah air suam ke dalam tepung hingga menjadi dough. Uli tepung (dengan penuh rasa amarah, lagik lama.. lagik bagus)
2) Bubuh dough ke dalam bekas, tutup dengan kain lembab dan biarkan sehingga dough jadi double size
3) Potong dough mengikut hajat dihati (koi potong empat)
4) Bentukkan dough ikut citarasa sendiri
5) Bubuh atas baking tray and biarkan kembang sekali lagi. Bakar at 180 degrees sampai masak (lupa lak lama mana)



Siap dan buleh makan!
Friday 2 July 2010

PostHeaderIcon Pastel de patata


* Inti terpulang ikut citarasa. Ada lebih minced meat ke.. sambal sardin ke (asalkan agak kering sket). I used balance fillings from empanadas (minced meat).

Topping kentang yang ringan rasanye:
1) Rebus kentang bersama sedikit garam dan bay leaves
2) Tos dan lenyek
3) Masukkan sedikit butter, susu dan nutmeg powder, kacau sebati dan biarkan sejuk
4) Dalam mangkuk berasingan, pukul 2 putih telur (simpan kuning telur) hingga kembang/kejun
5) Masukkan 2 kuning telur ke dalam mashed potato (yang dah sejuk or suam) dan kacau rata
6) Masukkan sedikit demi sedikit putih telur ke dalam mashed potato, kacau rata
7) Gris baking pan dengan sedikit butter dan lapiskan mashed potato (anggaran setebal 2 cm)
8) Masukkan inti and spread well
9) Lapiskan kesemua mashed potato di atas inti, spread well
10) Lorek kan dengan garpu
11) Tabur rata breadcrumbs
12) Tabut rata grated parmesan cheese
13) Bakar sehingga topping keemasan at 180-200 degrees
Related Posts with Thumbnails

Traces of my kitchen

Traces of my kitchen

Aida Rezuan

Currently: In Huelva, Spain
Originally: From Mentakab, Malaysia

Chef wanna be / IT Freelancer / Novice Photographer / Traveler

"Be happy and we will find abundant of happiness coming to our path.."